Tuesday, November 8, 2011

Tudung


Dua helai tudung ni jugak adalah permintaan ibu mertuaku. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tunjuk ajar puan jue, akhirnya berjaya jugak aku buat tudung ni... terima kasih ek puan jue...nnt tlg lg ek...


Tudung2 ni utk baju kurung yg dua pasang tu...

Baju Kurung

Punyalah lama nk siapkan baju kurung ni... dekat sebulan jugak baru siap dua pasang. Kesian mak... kene tunggu lama bru leh pakai baju ni... Dah siap mak kata cantik, bestnya...tak sangka berjaya jugak aku menjahit baju ni...

Tuesday, October 4, 2011

Apam Polkadot


Dah lama tak update blog ni.... maklumlah kekangan masa... byk sgt urusan dunia yg perlu ditunaikan... apam polkadot ni saya buat khas untuk ibu mertua yg nk wat kenduri kesyukuran sempena menyambut ramadan lepas....

Wednesday, May 11, 2011

Pau Kacang Merah

Cuti hari sabtu minggu lepas, tak tau nk buat apa. Tgk rak kat dapur.. rupanya ada tepung hong kong yang belum digunakan lg... kacang merah pun ada... apa lg terus sy buat pau. Anak pun boleh mkn sbb lembut. Saya tak igt amik resepi ni kat blog mana, yg pasti mmg sedap. Terima kasih kepada yg empunya resepi....

PAU KUKUS
Bahan-bahan ( 20 biji )
· 500g tepung pau
· 80g gula kastor
· 2 sudu teh yist
· 2 sudu teh Double Action Baking Powder
· 200ml air suam
· 3 titik pewarna merah jambu
· 20 keping kertas cawan
· 20 biji acuan apam berbentuk mangkuk
· 80g shortning

Cara-cara
1. satukan gula,air,yist & pewarna merah jambu dlm cawan,gaul perlahan hingga gula larut.
2. dalam mangkuk besar,campurkan tepung pau,double action baking powder & shortning.
3. tuangkan bancuhan yist tadi ke dlm mangkuk berisi tepung secara perlahan sambil di uli.
4. gaul perlahan hingga tak ada yg melekat kat mangkuk & tangan pun dah tak basah.teruskan menguli selama 15 minit utk mendapatkan pau yg cantik & gebu.
5. ambil doh,buat bulat2 & timbang,setiap satu 40g.canai doh yg bulat dan letak inti kesukaan anda.
6. susun dalam kertas cawan,kemudian letak ke dlm acuan apam yg berbentuk mangkuk.biarkan doh mengembang selama 1 jam.jangan lupa tutup doh dalam loyang besar selama proses pengembangan.
7. didihkan air dlm periuk kukus & kukuslah pau atas api kuat selama 10 minit.

Tuesday, May 10, 2011

Kek Lapis Sarawak Versi Kukus



Kek lapis ni saya buat berjemaah bersama kawan2. First time test... Alhamdulillah menjadi...



KEK LAPIS SARAWAK


10 biji telur (asingkan putih & kuning)
375 g susu manis
450 g butter/mentega
12 bungkus haw flakes
2 sudu esen vanila
170g gula / 2 gelas gula
300 g biskut (hancur dulu baru timbang)
1 sudu teh baking powder

CARA-CARA
- pukul telur + gula hingga kembang
- pukul telur kuning + butter hingga kembang
- masukkan susu + esen vanila
- masukkan baking powder dalam biskut
- masukkan putih telur
- masukkan biskut dan kacau rata

* buat selapis2 selang dgn haw flakes
* kukus dalam 5-7 minit selapis

Thursday, February 24, 2011

Kek Coklat Moist





kek coklat moist ni sy buat sempena birthday hubby... walaupun deco tak cantik tp sangat puas hati sebab dpt buat sendiri utk org tersayang...


ini pula tempahan daripada mak mertua utk diberi kpd pengantin. deco tak cantik....



dan ini pula tempahan dari ibu mertua adik sy...
alhamdulillah diorg suka...

Tuesday, November 10, 2009

Cross-Stich





Inilah hasil kerja saya masa dalam pantang... duk kat umah sorang2... tiba2 teringin nak buat cross-stich... dah lama dah meninggalkan aktiviti ni sejak abis sekolah.... bila dh frame, gantung kat dinding...wah... cantik jugak... hehehe